Monday, May 4, 2009

Pertemuan Bersama Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang
















 4 Mei 2009,Pulau Pinang, Isnin   - Persatuan Seni Silat Gayong Singa Berantai telah menorak langkah membuat satu pertemuan bersama Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Hj,Hassan Bin Hj,Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit. Dalam perbincangan tersebut kami telah memohon nasihat serta pengiktirafan daripada pihak mufti untuk memastikan amalan dalam PSSGSB  Pulau Pinang adalah bebas daripada unsur-unsur kebatinan yang menyebabkan syirik kepada ALLAH S.W.T. Perbincangan dihadiri oleh jurulatih PSSGSB Cikgu Rusdi, Cikgu Zahari dan Cikgu Amir.










Sunday, May 3, 2009

Pengenalan Gayong Singa Berantai



SEJARAH RINGKAS PSSGSB


Persatuan Seni Silat Gayong Singa Berantai telah ditubuhkan pada tahun 1968 di negeri Kedah Darul Aman. Pengasas pertubuhan ini adalah Bapak guru Haji Hassan bin Haji Salleh bpg, pck, pjk. Sebelum ini bapak guru pernah menyertai pertandingan di bawah anjuran Seni Silat Melayu Negeri Kedah Semalaysia. Dalam pertandingan tersebut beliau telah diberikan nama gelaran sebagai Hassan Singa Berantai oleh bapa saudara Sultan Kedah .Dalam usia muda beliau pernah menuntut berbagai-bagai ilmu persilatan. Antaranya ialah

Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia
Seni Silat Sendeng
Seni Silat Bambu Kuning
Tomoi
Seni Silat Kuntau Jawa
Seni Silat Mat Jerat
Seni Silat Selendang Merah



Hasil daripada pengalaman beliau dalam ketujuh-tujuh persilatan ini kemudian dicantum menjadi satu perguruan iaitu Persatuan Seni Silat Gayong Singa Berantai. Secara rasminya pada tahun 1983, persatuan ini telah didaftarkan di bawah seksyen 7 dalam Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya ialah 241/84 yang berpusat (ibu gelanggang) Kampung Perupok, Yan Kedah. Pada tahun 2005, Persatuan Seni Silat Gayung Singa Berantai Ini, sekali lagi telah didaftarkan dibawah Majlis Sukan Negara di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran ialah 1443/2005.

Bapak guru juga telah menorak langkah membuka gelanggangnya di merata tempat bukan sahaja di negeri Kedah malah di negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan,Pahang dan Perak.